..hi alls..alhamdulillah kita masih lg diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini..smga segala urusan kita pada hari ini bjalan dgn lancar serta dipermudahkan-NYA..Hari ni pasti ramai yg mnyambut hari bapa kan.. even smlam masa sy kluar ke SOGO..smbutan ari bapa sudah mula disambut... sni sana sales dibuat smpena hari bapa..Walaupun ada stgh pihak berkata hari2 adlah hari bapa dan ibu kan..tp pe salahnya kita smbut dgn niat yg suci kan..yg penting nawaitu kita tu..saya juga bukan lah org yg suka menyambut tarikh2 sebegini tp scara kbetulan pada tanggal 19 June org meraikan hari bapa dan kebetulan sy juga ada kisah disebalik tggal penting ini..sy tidak akan sekali2 melupakan tarikh ini tiap tahun.
..Mungkin bagi org lain 19June adlah tggal sambutan hari ayah sedunia..tp bg saya ia lebih besar maknanya dari itu..19 June 1998..pada usia sy 11 thun, mak pergi meninggalkan kami adik2 beradik dan abah buat selamanya..kami redha dgn pemergian mak dan kami sentiasa mendokan kesejahteraannya disana..Walaupun kami kehilangannya, tp kami semua xpenah melupakannya..arwah sntiasa dihati kami dan yg lebih penting kami masih ada abah yg sntiasa dsisi kami susah dan senang.. Abah mmg kuat,tatkala ada org yg mnyambut hari bapa pada tarikh itu (waktu ini sy mahupun abah xpenah tau tarikh ini adalah smbutan hari bapa)..abah khilangan isterinya..tp abah masih kuat..setitik air mata pon xmengalir dimatanya dihadapan kami semua.Kami tahu abah sedih tp abah tetap tabah dan cekal, mungkin die perlu kuat dimata anak2 pmpuannya seramai 7 org dan seorg ank lakinya yg tika itu berumur 5 thn...syukur sbb adik2 ku xbyk ragam mencari arwah mak sbb mereka sudah biasa hidup dgn abah shja smsa arwah mak terlantar selama hmpir stgh thun di hospital..mungkin adik2 ku mengerti..sy yg menolong abah mnjaga adik2 tika itu kerana kakakku yg sulong mnjga arwah mak di HKL, dan dua org kakak ku lg masih meneruskan pngajian di universiti..abah akan melawat arwah mak disana dua mggu skali..Kami bangga denganmu, abah. Org lain kata abah kuat semangat.. ye abah mmg kuat semangat..kalau x, ms kan abah dapat menguruskan ank2nya walaupun bjauhan dgn isterinya..ms ni hidup kami mmg susah sikit tapi xder la smpai kami berlapar.. klu org lain waktu itu beli kereta, beli brg mahal2.. tp abah tidak.. abah suka menabung.. dan berkat tabungannya itulah kami dibesarkan.. sy pon masih nak blajar dari abah mcm mner dia uruskan kewangan keluarga pdahal abah hanyalah peneroka biasa..tapi itulah abah kami..
Sy dan adik beradik yg lain sgt beruntung kerana mempunyai ayah seperti abah..Abah membesarkan kami dgn titik peluhnya sendiri sbg sorg peneroka. Dulu ramai kwn2 kata abah sorg yg garang dan kerana itu rmai kawan2 ku takut hendak datang kerumahku.. abah bukan garang tapi die tegas dalam hidupnya.. abah melatih kami hidup susah dan bersederhana dan bukannya bermewah mewahan..dia mahu ank2nya sedar bahawa hidup ini bukan seperti cerita dalam tv yg semuanya nmpak indah dan gembira.. dia mahu kami belajar apa itu penah lelah, apa itu susahnya mencari rezeki dan mendapatkan sesuatu.. dia mahu kami belajar menghargai apa yg ada dan berusaha utk mencapai impian dengan usaha sendiri. Dalam soal pelajaran abah lagilah tegas..abah pntingkan kejayaan ank2 dlm pelajaran.. dulu kalau dpat keputusan teruk, takutnya nak tunjuk buku rekod kat abah..dulu sy ni suka menjawab jgk.. bila abah tanya nape xdpt A.. sy jwb soalan susah, rmai dpt C dan D..(sy dpt B).. Tapi abah lain, dia akan jwab mcm ni " org lain abah xkira, yg penting kamu tu..klu org terkandas, kamu pon nak terkandas (fail)? Cuba bukak mata tgk org kat sekolah yg bagus2 tu, npe diorg boleh buat..soalan sama jg..klu org boleh buat, kamu mesti boleh buat juga...jgn diikutkan org sgt..org lain nnti besar xpe la, mak ayah diorg banyak harta nak bagi.. kamu nnti mcm mner..nak jadi apa.. abah bukan ada harta nak bagi.."(ambik kau kan dah kna ceramah..)...abah xder la rotan tp abah tegur dgn caranya sahaja.. klu nak kna rotan buatlah benda yang abah xsuka cntohnya buat bising tergelak2 xder faedah time dia tgk tv.. mmg Abah pantang time die tgk tv kami wat bising..hehehe...Macam2 lagilah cara abah mendidik sy dan adik beradik yg lain..Sy pasti kamu juga dibesarkan dgn cara yg hampir sama kan... mana ada ayah yg nak melihat anaknya tidak berjaya kan..
...Kini, hmpir 15 thn abah membesarkan kami..alhamdulillah anak2 nya membesar dengan baik..abah juga sudah pnya 3 menantu dan 4 cucu.. sy juga bru tamat pengajian dan mula bekerja..adik2ku juga sudah membesar..bukan lg bdk2 hingusan sprti 15 thn lepas..abah kini ku kira boleh tersenyum gembira..abah yg dulu hanya naik motor kini sudah berkereta tnpa sbrg hutang..sdgkan org lain yg berkereta sblummya msih brhutang..,bercuti2 dgn ank2 dan menantunya dimana2 yg disukainya dan paling penting melihat anak2nya berjaya..abah juga xtegas seperti dulu dah, mgkin faktor usia.. tp kami gembira kerana abah disisi kami sepanjang hidup ini.. dan sy baru tahu yg slama ini abah xpenah lupakan arwah mak walaupon kami ada mak yg baru.. tiap thn slpas smbhyg raya abah akan blik sedikit lmbt sbb di masjid ada tahlil tuk org yg sudah pergi..dan rupanya2 tiap tahun abah mengupah sebuah madrasah pondok di kedah untuk khatam al-quran arwah mak. abah mmg begitu.. dia xkan memberitahu shhga ank2nya menyedarinya..hggakan skg kami sudah bekerja, dia xpnah meminta bahkan abah pula yg bertnya ada duit ke tidak..kalau kami bg duit abah akan jwb begini pula.."abah ada jer duit..nak wat per duit banyak2.. simpanla.."sudahnya kami bg duit pada mak atau adik2 supaya guna untuk sekolah xpyh susahkan abah.. dan duit tu kdg2 kami simpan belikan abah baju atau kumpul bawak abah pegi bercuti ramai2..=)
Inilah kisahku disebalik smbutan hari bapa 19June... di kesempatan ini ku ingin mengucapkan selamat hari bapa buat abah yg kami sayang...abah adalah abah terhebat di mata kami..kami sayang abah selamanya dan kami anak2 memohon maaf andai kami ada berbuat salah padamu..dan semoga roh arwah mak dicucuri rahmat disana... KAMI BANGGA MENJADI ANAK-ANAKMU, EN SANI JOHARI.
TO THE WORLD.. YOU ARE NOBODY
TO THE OTHERS..YOU ONLY LIKES THE OTHERS..
BUT TO ME..
YOU ARE SOMEBODY.. YOU ARE THE GREAT FATHER..
WITHOUT YOU, I WAS NOBODY..
WITHOUT YOU..MY LIFE WILL NOT BE HAPPY..
COZ... YOU ARE MY WORLD.. YOU ARE MY EVERYTHING..
LOTS OF LUVE FOR YOU ABAH...THANKS 4 BEING MY ABAH =)